Pages

Monday, December 21, 2015

Tolong sedar diri!

Monday, December 21, 2015
Copied from FB: 

Mohd Irfan Arifin
BIASISWA BUKAN PERCUMA.
Sehari dua ni viral pasal slip gaji yang kena potong PTPTN tuh.
Dan ramai orang yang tengah risau sekarang nih. Biasalah tuh.
TAPI yang aku peliknya,
kenapa yang orang yang mengaji free @ ditanggung boleh rileks je?
Siap join sekali duk perli geng2 yang kena bayar PTPTN lagi.
Kau tak risau ke kau dapat free?
kenapa kena risau?
Kau tak tahu, tak fikir, atau tak pernah fikir?
KENAPA PENGAJIAN KAU DITANGGUNG SEPENUHNYA?
kau ingat duit tu hadiah sebab kau pandai mengaji je ke?
hello.. kau ni siuman ke tak?
kau ingat duit tu datang dari mana? derma tok arab?
banyak cantik muka kau.
Yang tanggung kau mengaji tu:
Petani,
Buruh,
Nelayan,
Peniaga,
Penjawat Awam,
Sektor Swasta,
blablablabla.
-nak list semua sampai esok pun tak habis.
secara mudahnya, pengajian kau ditanggung oleh
RAKYAT MALAYSIA!
Anak-anak mereka semua nih.
Ada jugak yang mengaji macam kau.
Tapi tak ditanggung pun.
Kena bayar balik.
Ada kau dengar mereka bising? Jeles?
Ada mereka menuntut supaya dihapuskan biasiswa?
Baru lah adil, kan?
Bayar bersama. Patut rasa pun bersama.
Tapi mereka tak macam tuh pun.
Naiklah banyak mana pun biasiswa,
mereka tak menentang.
Makin sokong adalah.
KENAPA AGAKNYA YE?
Jadi, balik kepada persoalan asal.
kenapa agaknya kau tak perlu bayar balik macam orang lain?
orang lain pun mengaji jugak, tapi ramai je yang kena bayar balik.
Apa yang buat kau jadi ISTIMEWA sangat nih?
Jawapannya mudah saja.
Sebab dalam beratus ribu orang yang mengaji tuh,
kau di antara yang "dijangkakan"
akan dapat berjasa lebih suatu hari nanti.
Berjasa kepada siapa?
kau fikirlah sendiri. Kau kan PANDAI.
'Jangkaan' ini pula tentu sekali berlandaskan kepada keputusan pengajian kau.
Faham tak?
Faham ke tak?
Ke tak Faham?
Biasiswa tu bukannya percuma,
Tapi AMANAH!
AMANAH inilah yang akan sentiasa " mengikat" kau nanti.
Supaya nanti, bila kau dah habis mengaji. Kau tak pilih untuk:
" I tak nak kerja kat Malaysia la you. Gaji rendah, tak kuasa I."
Sebab kau tak kan lupa pada jasa orang lain terhadap kau. Selagi kau tak lupa.
Supaya nanti, bila kau jadi guru misalnya. Budak-budak kau tak nak belajar, kau takkan sewenang-wenangnya cakap:
"suka hati awaklah nak belajar ke tak. Cukup bulan gaji cikgu tetap masuk."
Sebab kau terikat dengan AMANAH.
Supaya nanti bila ko jadi jururawat misalnya. BIla ada budak kemalangan motorsikal, kau takkan sewenang-wenangnya fikir:
"Mesti berlumba nih. Ah, biarlah dia sakit lama sikit. kalau mampus pun lagi bagus."
Sebab kau tak tahu. Duit yang tanggung kau mengaji dulu, mungkin termasuk duit bapak budak tuh.
‪#‎PERHATIAN‬ - Tapi jangan pula orang yang bayar balik PTPTN fikir ko tak terikat dengan AMANAH & TANGGUNGJAWAB pula. GAJI ko dari mana, HALAL / BERKAT ko kena ambikj kira juga.
Harapnya kau dah faham lah.
kau bukannya dapat hadiah sebab kau pandai mengaji.
ISTIMEWA kau, hanya
kerana kau " terpilih" untuk memikul satu AMANAH.
Jadi, kenapa kau rileks sangat nih?
Kenapa kau tak risau?
Orang yang KENA BAYAR tuh.
Tak kisahlah lama mana pun.
10 tahun, 20 tahun, 30 tahun sekalipun. Asalkan diorang bayar balik.
Sampai masa nanti langsailah semua hutangnya.
"Hutang" kau pula,
sampai bila baru akan terbayar semuanya?

No comments:

katakanlah ♥ say anything © 2014