Pages

Tuesday, October 16, 2012

kurus selepas kahwin. yeay!

Tuesday, October 16, 2012
selalunya ... biasanya ... memang akan gemuk selepas kahwin kan?

aku? X la risau sangat pasal gemuk selepas kahwin sebab aku memang sedia gemuk sebelum kahwin! hahahahhaha

cumanya memanglah beberapa bulan sebelum kahwin, kawal sangat pemakanan. kurang makan nasi, banyak makan buah. badan rasa ringan, nak turun berkilo2 sebelum kahwin? x la kesampaian ... hehehe

bila dah kahwin, rupa-rupanya hubby seorang yang sangat2 concern about his weight! kami siap ada jadual timbang berat badan and lekat kat ruang tamu! hebat x hubby punya determination and motivation untuk kawal berat badan? heheheheh

namun, berat hubby bertambah2. sian dier ... adakah kerana masakanku sedap sangat? sehinggakan kami memang selalu makan di umah? bos die belanja makan buke pose pon die kate sedap lagi makan kat umah! waaaa ... terharu I ... hehehhe

nasih baikla beratku turun naik hanya beberapa gram ... jangan jeles hubbyku sayang! :p

masa akhir-akhir bulan puasa hari tu, aku n hubby pulang ke sabah untuk menyambut raya pertama kami as husband n wifey at my kampung. TQVM hubby sebab izinkan! Love u! hihihi

masa raya, ramai and almost all rumah yang kami p cakap aku KURUS! yeay!

hahahhahaha. nak tahu RAHSIA nya?

jeng, jeng. jeng.

sakit sebelum raya! (T.T) yup. aku sakit teruk sebelum raya. patut balik kampung iaitu tawau malam tengok anak bulan tu, tapi oleh kerana aku sakit teruk, x dapat dan pagi rayalah baru balik kampung.

adik perempuan aku pun sakit teruk sama. kenapa? mungkin salah makan masa berbuka. hampeh tul, makan kat restoran yang pemes, x sangka plak kene keracunan makanan. kebetulan petang tu, adik lelaki aku baru sampai dari KL, jadi sempena sambut dia, kami plan buka kat luar.

last-last, aku sakit teruk sampai 2 kali kene injection! memula demam, kene inject. balik rasa OK dah. malam x sempat sahur, muntah-muntah dan buang air pulak. esoknya inject lagi sekali. teruk sangat ... solat pun terketar-ketar (T.T) ... alhamdulillah, pagi raya tu dah OK, walaupun masih pucat2 turun tawau, tp oleh kerana disajikan dengan makanan yang hebat2 dan sedap2 dan sudah tentunya TIADA di semenanjung, aku makan penuh semangat! macam qada makan la katakan. seb bek x muntah dah! alhamdulillah :)

sebab itulah aku nampak KURUS masa raya. hampir 2 hari asyik muntah n buang jer ... ahahhahahah  ;p


p/s: there's a LOT to write for memories ~ inshaAllah :)

xoxo,

katakanlah ♥ say anything © 2017