Pages

Tuesday, October 16, 2012

kurus selepas kahwin. yeay!

Tuesday, October 16, 2012
selalunya ... biasanya ... memang akan gemuk selepas kahwin kan?

aku? X la risau sangat pasal gemuk selepas kahwin sebab aku memang sedia gemuk sebelum kahwin! hahahahhaha

cumanya memanglah beberapa bulan sebelum kahwin, kawal sangat pemakanan. kurang makan nasi, banyak makan buah. badan rasa ringan, nak turun berkilo2 sebelum kahwin? x la kesampaian ... hehehe

bila dah kahwin, rupa-rupanya hubby seorang yang sangat2 concern about his weight! kami siap ada jadual timbang berat badan and lekat kat ruang tamu! hebat x hubby punya determination and motivation untuk kawal berat badan? heheheheh

namun, berat hubby bertambah2. sian dier ... adakah kerana masakanku sedap sangat? sehinggakan kami memang selalu makan di umah? bos die belanja makan buke pose pon die kate sedap lagi makan kat umah! waaaa ... terharu I ... hehehhe

nasih baikla beratku turun naik hanya beberapa gram ... jangan jeles hubbyku sayang! :p

masa akhir-akhir bulan puasa hari tu, aku n hubby pulang ke sabah untuk menyambut raya pertama kami as husband n wifey at my kampung. TQVM hubby sebab izinkan! Love u! hihihi

masa raya, ramai and almost all rumah yang kami p cakap aku KURUS! yeay!

hahahhahaha. nak tahu RAHSIA nya?

jeng, jeng. jeng.

sakit sebelum raya! (T.T) yup. aku sakit teruk sebelum raya. patut balik kampung iaitu tawau malam tengok anak bulan tu, tapi oleh kerana aku sakit teruk, x dapat dan pagi rayalah baru balik kampung.

adik perempuan aku pun sakit teruk sama. kenapa? mungkin salah makan masa berbuka. hampeh tul, makan kat restoran yang pemes, x sangka plak kene keracunan makanan. kebetulan petang tu, adik lelaki aku baru sampai dari KL, jadi sempena sambut dia, kami plan buka kat luar.

last-last, aku sakit teruk sampai 2 kali kene injection! memula demam, kene inject. balik rasa OK dah. malam x sempat sahur, muntah-muntah dan buang air pulak. esoknya inject lagi sekali. teruk sangat ... solat pun terketar-ketar (T.T) ... alhamdulillah, pagi raya tu dah OK, walaupun masih pucat2 turun tawau, tp oleh kerana disajikan dengan makanan yang hebat2 dan sedap2 dan sudah tentunya TIADA di semenanjung, aku makan penuh semangat! macam qada makan la katakan. seb bek x muntah dah! alhamdulillah :)

sebab itulah aku nampak KURUS masa raya. hampir 2 hari asyik muntah n buang jer ... ahahhahahah  ;p


p/s: there's a LOT to write for memories ~ inshaAllah :)

xoxo,

Friday, June 15, 2012

2 big events in my life!

Friday, June 15, 2012
alhamdulillah

sekali lagi alhamdulillah!

terima kasih Ya Allah untuk nikmat ini ... sesungguhnya dari Engkau la semua ini ...

finally graduated from USM for the second time with the degree of Master of Arts (Educational Technology) on the 21st of April 2012



Flying back to Sabah with my parents after the convocation for my wedding!



alhamdulillah :)



Thursday, March 22, 2012

you were the one that got away

Thursday, March 22, 2012


lagi best!

Sunday, February 26, 2012

sesaat kau datang

Sunday, February 26, 2012
lagu sedap. video klip chantek.



*my mum said bakal hubs muke macam pelakon aishiteru yang juga hero dalam video klip ne. really? :p hihihi

Saturday, February 04, 2012

tumblr4him

Saturday, February 04, 2012

xoxo,


Sunday, January 29, 2012

the final stage

Sunday, January 29, 2012
alhamdulillah

last friday (27th jan) was my viva-voce examination at McClintock viva room @ IPS, USM

persediaan untuk menghadapi viva sangat singkat.

tiada langsung membaca thesis untuk 'refresh' ape la yang aku tulis panjang2, mengarut2, goreng2, buh cili, ajinomoto sumer dalam tu! jadi, selepas cuti raya cina yang panjang.... pada hari rabu barulah jumpa main supervisor untuk berbincang. bincang sampai 4 jam! lepas bincang, kepala berat, perut masuk angin sebab bincang dari kol 11 sampai kol 3. lepas tu janji lagi jumpa esoknya iaitu pada hari khamis.

lepas bincang pada hari khamis tu dengan main supervisor, aku p jumpa co-supervisor tanya apa yang patut. rasa lega dah lepas jumpa keda-dua supervisors. alhamdulillah. lecturer lain pon banyak beri kata-kata nasihat. paling penting tdo awal :)

jadi, malam tu aku memang target tidoq awai. balik petang tu dah dalm kol 6.

personally, sebagai persediaan aku untuk presentation ker, interview ker, aku akan tulis ape yang aku akan kate. aku akan berlatih supaya bila di tanya, aku akan dapat jawab dengan yakin dan lancar. yelakan, dah kene cakap BI! hehe kang tersasul bahasa pulak ... hihi. jadi lepas maghrib aku siap2 tulis ape yg patut. kol 10 mcm tu aku dah ngantuk, kepala dah berat, aku pon tdo.

pagi jumaat tu, bangun awal, solat hajat n berlatih. alhamdulillah. memula plan x nak sarapan sebab takut sakit perut. tapi, perut aku terasa amat kosong, jadi, p makan kat harapan ... makan kuih jer pon ...heheh

alhamdulillah semuanya berjalan lancar. memang persediaan untuk menghadapi viva sangat singkat. tapi persediaan atau perjalanan untuk akhirnya sampai ke hari viva ini amat panjang.

bila duduk dalam bilik viva tu, rasa bersyukur sangat2 akhirnya sampai juga ke tahap terakhir untuk meraih segulung lagi ijazah :)

alhamdulillah. aku viva x sampai sejam! kawan supervisor aku pon terkejut sebab cepat sgt habis viva. alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya :) syukur sangat3 :)


*most memorable comment from the external examiner: 'credit should be given to the researcher for preparing well-written thesis' -alhamdulillah ... ini semua berkat tunjuk ajar SUPERvisors yang sangat teliti dan sanggup luangkan masa untuk membimbing aku

alhamdulillah,

Friday, January 27, 2012

alhamdulillah

Friday, January 27, 2012

alhamdulillah. thank you very much dearest SUPERvisors!

xoxo,


katakanlah ♥ say anything © 2014