Pages

Friday, June 04, 2010

mahu tidur

Friday, June 04, 2010
mahu.mahu.mahu

banyak betul yang aku mahu. sekarang rasa mahu tidur. mengantuk dan letih. tapi kalau tidur sekarang, malam nanti pasti sukar untuk tidur.

sekarang ini memang susah mahu tidur malam. rasa ngantuk, tapi tahan. tahan untuk apa, aku pun tak tahu. bila sudah baring dan sedia untuk tidur, mata pula segar. aduhhhhh ... insomnia ka apa? minggu lepas, 5 hari berturut-turut tak dapat tidur malam ...

banyak sangat fikir. fikir terlalu banyak. banyak betul fikiran.

penyelesaiannya, hanya satu. lepaskan yang sangkut ini. oh, cepatlah, cepatlah!!!

sakit jari-jemari ini seharian kerja pada hari ini. sakit mata sampai berpinar-pinar bagai orang yang perlu memakai kaca mata. sampaikan makan nasi pun tak sempat.

bila boss tanya, dah lunch? dah dah <--------- serasa mahu berkata: belum boss, sempat minum sekotak susu jer, itupun dengan selaju-lajunya menghirup air yang penuh lemak berkrim itu. dah print? dah dah semua pun dah dah. tapi bila dah pukul 5 lebih, "mmm, saya sambung hari isnin la ye Dr." sambil buat muka kasihan kerana teruk di'buli' boss ... ehehhe. walaupun banyak kerja hari ini. tapi, aku seronok. aku memang suka buat kerja. rasa bosan dan tidak berguna bila tiada kerja. satu lagi hal hari ini bila bateri h/pku mati. aduiiii... susahnya hidup. tambah2 pulak sangat memerlukannya tadi. terpaksa aku berjalan ke sana sini, tercari-cari, tertanya-tanya manalah public phone ne. orang dah tak guna kerrrr? sampai susah sangat nak jumpa? *padan muka kan, bila susah, tiada h/p baru nak cari public phone ...hohoho*

tapi, sekarang aku betul-betul mahu makan ^^

misi dan visi:
perlu melepaskan diri dari tersangkut ini!
Ya Allah, bantulah diriku ... amin
salam,

No comments:

katakanlah ♥ say anything © 2014