Pages

Friday, February 12, 2010

di sana

Friday, February 12, 2010
malam ini tidak seperti malam-malam yang biasa ak lalui selama ini. malam ini tiada aktiviti rutin yang aku selalu ikuti. pelik, janggal dan ganjil kurasa ... eheheheh. tapi, bagus juga memandangkan esok akan memenatkan diri pergi ke baling untuk khemah tahunan persatuan. berat rasa hati mahu pergi, tapi semoga segalanya berjalan lancar dan memberi manfaat kepada diriku.

dikesempatan ini, mahu aku menulis di sini sebagai tanda kenangan dan ingatan nanti di masa hadapan ... kali pertama menjejak kaki di pantai timur

walaupun aku sudah hidup di rantau orang ini selama hampir 12 tahun (dari diriku ini berumur 12 tahun sehinggalah tahun ini bakal berumur 25 tahun), aku belum pernah pergi ke pahang, terengganu dan kelantan.

TAPI, pada 4-7hb feb 2010, alhamdulillah ... aku sampai juga ke negeri
PAHANG DARUL MAKMUR


sangat seronok dan aku akan pergi lagi ... insyaALLAH, dengan izinNYA. ***nanti pergi, mahu pergi lama lama lama lagi tinggal di sana, mahu pergi ke terengganu pula!!!*** ^^

ketika di pahang, banyak pergi ke pantai-pantainya yang chantek~ sungguh indah, bersih pulak tu ... ***kerrr "dia" bawak aku p pantai2 yg indah dan chantek sahaja? ... ehehhe" apa2 pun ~ masyaALLAH ... chanteknya ciptaanNYA ~

kemudian, aku berpeluang juga ke terengganu, namun setakat sampai di kemaman sahaja, mengambil masa dalam sejam atau 45 minit rasanya. di sana, banyak kelihatan, rumah-rumah membuat keropok lekor yang sangat pemes itu. sampai di SABAH tau keropok lekor ne (iyerla kan, ramainyerrrr ore kelate dgn orang ganu kat sabah tue, ramai2 jadik cikgu ... ehehhe) kalau biasanya yang aku makan di PENANG ini, sudah kurasakan sedap, namun bila makan keropok lekor pure dari TERENGGANU, aduhhhhhhhhhhhhh ... sangat berbeza!!! sangat SEDAP!!! ... mahu lagi!!! ^^

kalau ikutkan hati, mahu rasanya dan sangat sangat teringin mahu menjejakkan kaki ke KUALA TERENGGANU. tambahan lagi cerita-cerita mak "dia" yang mengatakan kuala terengganu sangat menarik dan chantek. (nanti kami p lame2 lagi yer ... ehehhe, mekaseh ajak saya dtg lame2 lg n p terengganu pula ^^)

oh ya, aku hampir terlupa, aku turut mempelajari cara-cara membuat nasi dagang ... waaaaaaaaahhh ... macam SENANG *eksyen la pulak, padahal baru tengok, belum cuba!!!*.... ehheehhe ... tambah2 pulak diriku ini yang merupakan anak jati negeri SABAH BAH!!! .. boleh ka? insyaALLAH boleh ... nantilah, ada kesempatan aku cuba, bila la agaknya tu ya? .... huhuhuhu

~apa-apa pun,

segalanya telah menjadi pengalaman indah yang membuahkan senyuman di bibir setiap kali terkenangkanya~



terima kasih, dan sampai berjumpa lagi ... PAHANG ~

aduh, baru mahu stat peking pulak untuk camping esok ... *.*

salam,


No comments:

katakanlah ♥ say anything © 2017