Pages

Tuesday, January 26, 2010

berita hangat

Tuesday, January 26, 2010
memandangkan hujan turun dengan lebatnya seterusnya menghalang aku untuk berjogging seperti selalu (macamla selalu sangat .... ber'jalan' selalu laaaa ... hihihi :p), aku pun membuat keputusan untuk menulis satu lagi entry berkaitan satu berita yang sangat hangat diperkatakan di wall rakan-rakan di FB.

tidak lain tidak bukan mengenai
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
yang tersenarai dalam sepuluh teratas dalam
20 sekolah berprestasi tinggi (SBT)
yang telah diumumkan oleh TPM semalam (25/01/10)

antara kriteria pemilihan SBT:
  • Pencapaian akademik yang cemerlang.
  • Melahirkan personaliti unggul.
  • Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
  • Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
  • Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
  • Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.
(sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20100126070932/Article)


sebagai bekas pelajar SMSAH atau lebih dikenali sebagai JENAN, aku sangat berbangga. tahniah diucapkan kepada pengetua, en. ahmad bin din serta warga penggerak jenan dan juga kepada semua guru dan pelajar kerana telah mengharumkan nama sekolah.


(sumber: http://shw.azlimoh.fotopages.com/10174671/SMSAH-or-Jenan-It-doesnt-matter.html)

TAHNIAH!!!

dan alhamdulillah, sekolah adik aku turut tersenarai iaitu Sekolah Dato' Abdul Razak. (mesti ummi gumbira dengan khabar ini ... malam ini mahu menelefon ummi dan bapak kasi tau ... hihihi ;) )

jenan tetap di hati ~ sampai bertemu lagi rakan-rakan jenan9802

salam,

No comments:

katakanlah ♥ say anything © 2014